NAMA : FATIN NAJIBAH BINTI ROSLI
ANGKA GILIRAN : 2019092350206
UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 6
Tugasan 4 : Penulisan Refleksi
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perkataan sihat
bermaksud keadaan sempurna fizikal, mental dan sosial serta ketiadaan penyakit.
Untuk mencapai tahap kesihatan diri yang optimum, satu bentuk homeostasis
perlulah berada pada tahap yang seimbang. Amalan pemakanan yang seimbang serta
senaman secara berkala perlu diamalkan supaya kesihatan luaran dan dalaman kita
dapat dijaga. Secara umumnya, senaman secara berkala dan konsisten disertai
dengan diet yang sesuai pasti akan memberikan impak terhadap fisiologi badan.
Fisiologi badan merujuk kepada kajian tubuh badan serta tahap tahap fungsinya.
Justeru, fisiologi badan merupakan kayu ukur terhadap kesihatan fizikal. Oleh
itu, untuk mengukur tahap kesihatan fizikal diri, satu bentuk ujian amali SEGAK
dan ujian bleep telah diadakan pada 10
September 2019 di Dewan al-Farabi. Melaui ujian ini, saya dapat membuat analisis berserta
kesimpulan mengenai kesan ujian – ujian tersebut terhadap fisiologi badan saya.
Sebelum
itu saya akan menerangkan mengenai pelaksanaan ujian amali ini. Ujian amali
SEGAK dan ujian bleep ini telah dilaksanakan oleh Unit PAI 6 PPISMP SEMESTER 1.
Pelaksanaan ini telah dilakukan secara bergilir-gilir mengikut urutan seperti
yang telah ditetapkan dan dirancang oleh Pengerusi GKK iaitu Amirul Ashraaf
Wildan Bin Rasman. Ujian amali SEGAK ini
merangkumi ujian Indeks Jisim Badan iaitu BMI, ujian ringkuk tubi
separa, ujian tekan tubi, ujian jangkauan melunjur dan ujian turun naik bangku.
Setiap pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.
Kedua-dua kumpulan bergerak secara serentak . Kumpulan A diketuai oleh Unit PAI
1 manakala Kumpulan B diketuai oleh Unit PAI 6. Bagi setiap stesen, 6 orang
pelajar dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa untuk memberi penerangan dan membuat
demo mengenai aktiviti tersebut. Setelah semua selesai membuat ujian SEGAK,
lelaki dan perempuan diagihkan untuk membuat ujian bleep. Ujian bleep dimulai
oleh kumpulan lelaki seterusnya kumpulan perempuan.
Setelah membuat
ujian tersebut, saya mendapati tahap kecergasan diri saya telah meningkat
daripada sebelum ini. Kadar Indeks Jisim Badan (BMI) saya meningkat daripada 21
kepada 21.4 . Hasil larian setiap hari pada waktu petang yang meningkatkan
tahap metabolism dalam diri saya. Saya berjaya mencapai berat sebanyak 52.4 dan
tinggi sebanyak 156.5 cm yang seterusnya menunjukkan indeks jisim berat badan saya
iaitu 21.4 yang merupakan di tahap yang normal.
Walaubagaimanapun, keputusan ujian naik turun bangku sewaktu ujian pre dan ujian post adalah menurun dari 159 kepada 120. Ini menunjukkan tahap denyutan nadi saya berada dalam keadaan yang baik. Hal ini hasil daripada aktiviti daya tahan kardiovaskular yang telah diamalkan secara berkala.
Akhir sekali,
keputusan ujian bleep juga telah menunjukkan peningkatan. Sebelum ujian pre,
saya kurang melakukan sebarang senaman secara berkala. Maka, keputusan ujian
pre saya hanya di level 4, larian ke 7. Namun setelah itu, saya telah banyak
melakukan senaman secara berkala iaitu jogging dan ini meningkatkan ujian bleep
saya. Keputusan ujian post saya meningkat kepada larian hingga level 5, larian
ke empat.
Terdapat beberapa
faktor yang menyumbang kepada peningkatan tahap kecergasan saya dalam menjalani
ujian amali SEGAK dan ujian bleep ini. Antara faktor tersebut ialah saya
mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan memastikan pengambilan pelbagai
nutrisi seperti karbohidrat, vitamin, fiber dan protein diambil dalam kuantiti
mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan. Saya juga telah menetapkan
waktu makan mengikut jadual waktu seharian.
Selain itu, saya
juga melakukan senaman seperti jogging dan regangan, saya juga melakukan
senamrobik bersama rakan seunit saya pada waktu petang yang terluang. Pada
hujung minggu saya juga akan berjalan kaki ataupun jogging ke pantai
bersama-sama rakan sekelas untuk meningkatkan daya tahan otot kaki ketika pergi
dan pulang daripada pantai. Sedikit sebanyak ia dapat mengisi kekosongan jadual
yang tidak selalunya dapat dilakukan pada hari yang ditetapkan.
Kesimpulannya, tahap kecergasan,daya tahan kardiovoskular,
kelenturan, daya tahan otot dan fleksibiliti tubuh badan saya berada dalam
keadaan yang normal. Ini menyebabkan saya perlu menambah baik beberapa aspek
kesihatan bagi memastikan saya dapat meneruskan hidup saya dengan cara yang
sihat setiap hari.
| sambil menunggu membuat ujian SEGAK |
| ujian tekan tubi perempuan |

