Friday, September 20, 2019






                                    NAMA                            : FATIN NAJIBAH BINTI ROSLI
                                    ANGKA GILIRAN       : 2019092350206
                                    UNIT                              : PENDIDIKAN ISLAM 6







Tugasan 4 : Penulisan Refleksi

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perkataan sihat bermaksud keadaan sempurna fizikal, mental dan sosial serta ketiadaan penyakit. Untuk mencapai tahap kesihatan diri yang optimum, satu bentuk homeostasis perlulah berada pada tahap yang seimbang. Amalan pemakanan yang seimbang serta senaman secara berkala perlu diamalkan supaya kesihatan luaran dan dalaman kita dapat dijaga. Secara umumnya, senaman secara berkala dan konsisten disertai dengan diet yang sesuai pasti akan memberikan impak terhadap fisiologi badan. Fisiologi badan merujuk kepada kajian tubuh badan serta tahap tahap fungsinya. Justeru, fisiologi badan merupakan kayu ukur terhadap kesihatan fizikal. Oleh itu, untuk mengukur tahap kesihatan fizikal diri, satu bentuk ujian amali SEGAK dan ujian bleep  telah diadakan pada 10 September 2019 di Dewan al-Farabi. Melaui ujian ini,  saya dapat membuat analisis berserta kesimpulan mengenai kesan ujian – ujian tersebut terhadap fisiologi badan saya.

        Sebelum itu saya akan menerangkan mengenai pelaksanaan ujian amali ini. Ujian amali SEGAK dan ujian bleep ini telah dilaksanakan oleh Unit PAI 6 PPISMP SEMESTER 1. Pelaksanaan ini telah dilakukan secara bergilir-gilir mengikut urutan seperti yang telah ditetapkan dan dirancang oleh Pengerusi GKK iaitu Amirul Ashraaf Wildan Bin Rasman. Ujian amali SEGAK ini  merangkumi ujian Indeks Jisim Badan iaitu BMI, ujian ringkuk tubi separa, ujian tekan tubi, ujian jangkauan melunjur dan ujian turun naik bangku. Setiap pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kedua-dua kumpulan bergerak secara serentak . Kumpulan A diketuai oleh Unit PAI 1 manakala Kumpulan B diketuai oleh Unit PAI 6. Bagi setiap stesen, 6 orang pelajar dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa untuk memberi penerangan dan membuat demo mengenai aktiviti tersebut. Setelah semua selesai membuat ujian SEGAK, lelaki dan perempuan diagihkan untuk membuat ujian bleep. Ujian bleep dimulai oleh kumpulan lelaki seterusnya kumpulan perempuan.

       Setelah membuat ujian tersebut, saya mendapati tahap kecergasan diri saya telah meningkat daripada sebelum ini. Kadar Indeks Jisim Badan (BMI) saya meningkat daripada 21 kepada 21.4 . Hasil larian setiap hari pada waktu petang yang meningkatkan tahap metabolism dalam diri saya. Saya berjaya mencapai berat sebanyak 52.4 dan tinggi sebanyak 156.5 cm yang seterusnya menunjukkan indeks jisim berat badan saya iaitu 21.4 yang merupakan di tahap yang normal.
      
     Walaubagaimanapun, keputusan ujian naik turun bangku sewaktu ujian pre dan ujian post adalah menurun dari 159 kepada 120. Ini menunjukkan tahap denyutan nadi saya berada dalam keadaan yang baik. Hal ini hasil daripada aktiviti daya tahan kardiovaskular yang telah diamalkan secara berkala.
  Akhir sekali, keputusan ujian bleep juga telah menunjukkan peningkatan. Sebelum ujian pre, saya kurang melakukan sebarang senaman secara berkala. Maka, keputusan ujian pre saya hanya di level 4, larian ke 7. Namun setelah itu, saya telah banyak melakukan senaman secara berkala iaitu jogging dan ini meningkatkan ujian bleep saya. Keputusan ujian post saya meningkat kepada larian hingga level 5, larian ke empat.

    Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan tahap kecergasan saya dalam menjalani ujian amali SEGAK dan ujian bleep ini. Antara faktor tersebut ialah saya mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan memastikan pengambilan pelbagai nutrisi seperti karbohidrat, vitamin, fiber dan protein diambil dalam kuantiti mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan. Saya juga telah menetapkan waktu makan mengikut jadual waktu seharian.

   Selain itu, saya juga melakukan senaman seperti jogging dan regangan, saya juga melakukan senamrobik bersama rakan seunit saya pada waktu petang yang terluang. Pada hujung minggu saya juga akan berjalan kaki ataupun jogging ke pantai bersama-sama rakan sekelas untuk meningkatkan daya tahan otot kaki ketika pergi dan pulang daripada pantai. Sedikit sebanyak ia dapat mengisi kekosongan jadual yang tidak selalunya dapat dilakukan pada hari yang ditetapkan.

   Kesimpulannya, tahap kecergasan,daya tahan kardiovoskular, kelenturan, daya tahan otot dan fleksibiliti tubuh badan saya berada dalam keadaan yang normal. Ini menyebabkan saya perlu menambah baik beberapa aspek kesihatan bagi memastikan saya dapat meneruskan hidup saya dengan cara yang sihat setiap hari.
sambil menunggu membuat ujian SEGAK 

ujian tekan tubi perempuan 
ujian tekan tubi lelaki